Bismillahirrahmanirrahim
Allahummasollia'laihiwasallam.
Semoga para pembaca yang saya kasihi sekalian berada di dalam rahmat Allah dan redhaNya. Amin.
Sebelum saya habiskan tulisan saya di sini, saya nak tanya, berapa ramai sahabat saya di sini yang pernah lihat atau nampak sebahagian dari sahabat kita yang lain (ataupun mungkin diri sendiri) yang menjual pelbagai produk daripada makanan dan minuman sampailah ke pakaian mahupun produk kesihatan? Pernah?
Hehe mesti ada kan? Sebenarnya saya dulu pun macam tu, back in 2014 cuma saya lebih ke arah "clothing" la, within the same line sampai Fan Page yang saya tu saya namakan Mamayu Collections. Alhamdulillah sebenarnya dari situ saya belajar banyak selok-belok perniagaan, tips-tips dari Founder yang hebat-hebat.
Menurut FB Coach saya, dalam tempoh 2-3 tahun pertama its normal for newbies yang baru nak menceburkan diri dalam dunia perniagaan ni, menjual pelbagai jenis produk. Kadang-kadang mereka ni sedang mencari produk apa yang sesuai dengan keadaan semasa dan mungkin sedang hangat di pasaran. Memang tak salah, tetapi....bila dah lebih-lebih sangat sampai 10-15 produk sekali nak jual, ada juga sedikit drawback nya. Antaranya anda tidak mudah untuk FOCUS. Orang lain buat, anda pun nak buat tapi anda sendiri tak faham dengan mendalam akan ciri-ciri produk yang anda jual tu. Paling buruk sekali apabila anda tidak dicoach dengan betul oleh founder produk tersebut sehingga anda pun hilang punca. Customer tanya, ada tak boleh jawap sebab anda sendiri tak pernah guna produk tu. Hinggakan harga produk pun anda lupa? Dah banyak sangat benda yang dijual dalam satu masa.....akhirnya anda kata "produk ni susah nak jual la...tak laku la....orang tak nak beli la...". Padahal, anda sendiri yang gagal memahami dan focus akan kelebihan produk yang anda jual itu.
Pernah satu ketika dahulu saya menghadiri Klinik Usahawan DAO, ada seorang peserta ni mengajukan soalan. Katanya, dia ni buat macam-macam business. Tak silap saya, biji benih la, pokok la, dan macam-macam lagi tapi satu pun tak menjadi. Mudah saja jawapannya DAO, "semuanya kerana TAK FOKUS". Jangan terikut-ikut akan peniaga lain yang menjanjikan komisen dan keuntungan lumayan. Akhirnya, satu pun tak jalan. Antara sebabnya, orang tidak ingat SIAPA ANDA dan APA PRODUK YANG ANDA JUAL sebab terlampau banyak! Kehadiran anda tiada bezanya, sama seperti lambakan produk yang begitu banyak di pasaran.
Anda mungkin pernah mendengar sebilangan dari mereka ini berkata "Eh, ni page FB I, I punya suka la nak jual apa". Memang benar, itu hak masing-masing. Tiada salahnya :) Cuma, agak kurang "nilai istimewa" anda di situ. Namun, ini terpulang kepada individu. Dalam dunia perniagaan, apa yang betul untuk si peniaga A, tak semestinya betul untuk si peniaga B. Percaya pada naluri dan carilah elmu yang dapat membantu anda menambah nilai diri anda.
Jadi, kesimpulan di sini, antara tips yang saya rasa penting especially untuk mereka yang berminat dalam bidang keusahawanan ini:
1. Limitkan produk yang ingin anda jual kepada 1-2 jenis sahaja supaya anda MUDAH DIINGATI ORANG. Contoh, kalau nak cari shawl Esmee Hayfa, orang akan cari Puan Ayu hehe..contohhhh. Kalau ingat set penjagaan kulit natural, orang akan cari Camellya Gold (oh pada yang tak tahu, saya adalah mini stokis untuk produk kecantikan bebas kimia nombor 1 Malaysia ni juga ye)
2. Buat produk yang anda jual tu macam produk anda sendiri walaupun anda hanyalah Agent Dropship sahaja. Kenali cirinya, jadi pakar tentangnya, fahami manfaatnya sampai kalau orang tanya A anda boleh jawap sampai F. Customer akan mudah tertarik dengan penjual yang banyak info dan banyak sharing maklumat dengan mereka
3. BE THE BRAND - buat pelanggan jatuh cinta dengan produk kita sehingga mereka tak nampak yang lain dah :) Kuncinya, "marketing", tonjolkan nilai dan manfaat produk serta apa yang kita boleh bantu pengguna apabila mereka mendapatkannya dari kita
In Sha Allah, semoga bermanfaat, maafkan saya jika ada yang terasa. Saya cuma berkongsi apa yang saya tahu dan banyak lagi sebenarnya yang saya kena perbaiki.
Wallahua'lam.
