Sunday, August 21, 2016
Saat dijentik
"Mama, senyumlah sikit", kata anak kecil itu pada saya lebih kurang seminggu dua yang lalu. Tiada gurau senda atau gelak tawa seperti selalunya. Rasa sebak menerjah ke hati, dia rindukan mamanya yang dulu-dulu. Semua urusan sekolah dan rumah lebih banyak diuruskan oleh suami. Memang tidak mampu untuk tersenyum apatah lagi untuk berkata-kata. Migrain yang dialami semakin serius dan sekaligus menyebabkan tubuh diserang demam. Cumanya demam itu kadang muncul tetapi kadanga kala ia hilang bila mulut disogokkan ubat. Saya hanya mampu bangun untuk mandi dan solat. Makan sekadar untuk mengurangkan rasa lapar. Muntah yang berpanjangan meragut segala kudrat yang ada pada tubuh. Selebihnya terbaring kesakitan di katil. Allah, nikmatnya kala sihat. Tika dijentik dengan ujian kesakitan, semakin terkenang banyak perkara terutama sekali persediaan untuk kehidupan seterusnya "di sana". Andai nyawa ditarik ketika itu, sesungguhnya tiada jawapan yang dapat saya berikan. Semuanya serba-serbi kekurangan.
Wednesday, August 3, 2016
Keramat hidup yang sering diabaikan
Pernah tak dalam hidup, ada suatu hari tu seperti "tak menjadi". Buat kerja semua tak betul, semua urusan kucar-kacir. Kena marah boss, salah post barang pada customer, kereta buat perangai dan macam-macam lagi lah masalah. Rasanya solat dan ngaji semua cukup dah tapi rupanya hati insan bergelar ibu sedang terluka. Kita sibuk jaga perasaan pasangan masing-masing sampai terlupa dengan siapa kita sedang bercakap. Kita utamakan segalanya pasal hal rumah tangga kita sehingga kita sanggup buat ibubapa seperti orang suruhan. Sedarlah akan taraf diri mu wahai anak. Tanpa doa mereka kamu bukan siapa-siapa di muka bumi ini.
Wednesday, January 27, 2016
Focus and Be the Brand
Bismillahirrahmanirrahim
Allahummasollia'laihiwasallam.
Semoga para pembaca yang saya kasihi sekalian berada di dalam rahmat Allah dan redhaNya. Amin.
Sebelum saya habiskan tulisan saya di sini, saya nak tanya, berapa ramai sahabat saya di sini yang pernah lihat atau nampak sebahagian dari sahabat kita yang lain (ataupun mungkin diri sendiri) yang menjual pelbagai produk daripada makanan dan minuman sampailah ke pakaian mahupun produk kesihatan? Pernah?
Hehe mesti ada kan? Sebenarnya saya dulu pun macam tu, back in 2014 cuma saya lebih ke arah "clothing" la, within the same line sampai Fan Page yang saya tu saya namakan Mamayu Collections. Alhamdulillah sebenarnya dari situ saya belajar banyak selok-belok perniagaan, tips-tips dari Founder yang hebat-hebat.
Menurut FB Coach saya, dalam tempoh 2-3 tahun pertama its normal for newbies yang baru nak menceburkan diri dalam dunia perniagaan ni, menjual pelbagai jenis produk. Kadang-kadang mereka ni sedang mencari produk apa yang sesuai dengan keadaan semasa dan mungkin sedang hangat di pasaran. Memang tak salah, tetapi....bila dah lebih-lebih sangat sampai 10-15 produk sekali nak jual, ada juga sedikit drawback nya. Antaranya anda tidak mudah untuk FOCUS. Orang lain buat, anda pun nak buat tapi anda sendiri tak faham dengan mendalam akan ciri-ciri produk yang anda jual tu. Paling buruk sekali apabila anda tidak dicoach dengan betul oleh founder produk tersebut sehingga anda pun hilang punca. Customer tanya, ada tak boleh jawap sebab anda sendiri tak pernah guna produk tu. Hinggakan harga produk pun anda lupa? Dah banyak sangat benda yang dijual dalam satu masa.....akhirnya anda kata "produk ni susah nak jual la...tak laku la....orang tak nak beli la...". Padahal, anda sendiri yang gagal memahami dan focus akan kelebihan produk yang anda jual itu.
Pernah satu ketika dahulu saya menghadiri Klinik Usahawan DAO, ada seorang peserta ni mengajukan soalan. Katanya, dia ni buat macam-macam business. Tak silap saya, biji benih la, pokok la, dan macam-macam lagi tapi satu pun tak menjadi. Mudah saja jawapannya DAO, "semuanya kerana TAK FOKUS". Jangan terikut-ikut akan peniaga lain yang menjanjikan komisen dan keuntungan lumayan. Akhirnya, satu pun tak jalan. Antara sebabnya, orang tidak ingat SIAPA ANDA dan APA PRODUK YANG ANDA JUAL sebab terlampau banyak! Kehadiran anda tiada bezanya, sama seperti lambakan produk yang begitu banyak di pasaran.
Anda mungkin pernah mendengar sebilangan dari mereka ini berkata "Eh, ni page FB I, I punya suka la nak jual apa". Memang benar, itu hak masing-masing. Tiada salahnya :) Cuma, agak kurang "nilai istimewa" anda di situ. Namun, ini terpulang kepada individu. Dalam dunia perniagaan, apa yang betul untuk si peniaga A, tak semestinya betul untuk si peniaga B. Percaya pada naluri dan carilah elmu yang dapat membantu anda menambah nilai diri anda.
Jadi, kesimpulan di sini, antara tips yang saya rasa penting especially untuk mereka yang berminat dalam bidang keusahawanan ini:
1. Limitkan produk yang ingin anda jual kepada 1-2 jenis sahaja supaya anda MUDAH DIINGATI ORANG. Contoh, kalau nak cari shawl Esmee Hayfa, orang akan cari Puan Ayu hehe..contohhhh. Kalau ingat set penjagaan kulit natural, orang akan cari Camellya Gold (oh pada yang tak tahu, saya adalah mini stokis untuk produk kecantikan bebas kimia nombor 1 Malaysia ni juga ye)
2. Buat produk yang anda jual tu macam produk anda sendiri walaupun anda hanyalah Agent Dropship sahaja. Kenali cirinya, jadi pakar tentangnya, fahami manfaatnya sampai kalau orang tanya A anda boleh jawap sampai F. Customer akan mudah tertarik dengan penjual yang banyak info dan banyak sharing maklumat dengan mereka
3. BE THE BRAND - buat pelanggan jatuh cinta dengan produk kita sehingga mereka tak nampak yang lain dah :) Kuncinya, "marketing", tonjolkan nilai dan manfaat produk serta apa yang kita boleh bantu pengguna apabila mereka mendapatkannya dari kita
In Sha Allah, semoga bermanfaat, maafkan saya jika ada yang terasa. Saya cuma berkongsi apa yang saya tahu dan banyak lagi sebenarnya yang saya kena perbaiki.
Wallahua'lam.
Monday, January 18, 2016
The power of submission
Doa ibarat senjata orang mukmin. Tetapi jika kita tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya, ibarat sia-sia sajalah senjata kita itu. Bagaimana meraih doa yakni "submission" yang diterima Allah?
1. "Alignment" biar betul!
Bukan hati dan mulut saja yang berdoa tetapi harus diikuti dengan jasad dan roh. Percaya dengan yakin bahawa Allah pasti akan kabulkan doa kita itu. Disusuli juga dengan tindakan yang bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita inginkan itu.
2. Check diri "zahir" dan "batin"
Antara sebab doa tertolak adalah kerana diri kita belum lagi "bersih". Makanan yang kita makan, mungkin dari sumber yang haram, fikiran kita masih lagi banyak benda yang negatif, hati kita pula banyak keraguan tentang daya kuasa Allah yang Maha Hebat untuk memberi apa yang kita minta. Roh pula mungkin masih galak lagi melakukan maksiat zahir dan batin.
3. Faham sifir Tuhan
Benarkah Allah tak kabulkan doa kita? Atau mungkin kita tak faham cara atau sifir Allah mengkabulkan doa kita itu. Sesungguhnya Allah itu amat Maha Pemalu dan Maha Pemurah. Dia tidak pernah menolak doa hambanya dengan tangan yang kosong. Sebenarnya Allah berikan kepada kita mengikut kehendaknya, bukan mengikut kehendak kita. Ada 4 cara Allah memberi apa yang kita minta:
- Allah kabulkan setiap satu permintaan kita tanpa kita sedari. Mungkin kita sendiri pernah lupa yang kita pernah doa nak hidup senang, nak dapat jodoh yang baik, anak yang soleh. Kita dah pun dapat sebenarnya, tapi kita lupa dan rasa Allah belum lagi bagi
- Allah tak beri semua, Dia bagi sikit saja. Kita mungkin pernah doa nak ada kereta BMW tapi Allah bagi Honda Jazz saja. Kenapa? Sebab mungkin bila ada BMW kita akan jadi riak malah mungkin dah jadi sombong tak nak lagi kawan dengan orang kereta biasa-biasa. Itu tandaNya Allah sayang kita sebab Dia tak nak kita dihumban ke neraka dengan sifat riak kita.
- Allah gantikan permintaan kita itu dengan perkara lain yang lebih baik. Ya, mungkin kita belum nampak sekarang, tetapi 10-15 tahun akan datang baru kita terfikir dan mungkin berkata "Mujurlah dulu saya..............." sambung sendiri hehe
- Allah menangguhkan doa kita sehingga hari kiamat. Bagi orang yang soleh, mereka bisa menerima ini sebagai satu inspirasi untuk terus menerus beramal sehingga sampai hari pembalasan tanpa sedikitpun rasa kecewa kerana mereka tahu ganjaran di syurga nanti lebih hebat dari segala isi dunia.
4. Berdoa dengan penuh adab dan rasa rendah diri
Mintak lah pada Allah dengan penuh rasa kehambaan, bukan membentak-bentak dan memaksa. Siapa kita untuk meminta seperti itu?
Ada lagi perkara yang perlu kita perhatikan. Bagaimana pula dengan caranya?
1. Mulakan doa dengan memujiNya dan berselawat kepada kekasihNya
2. Jangan lupa doakan orang lain. Apa yang kita doakan pada orang lain itu sebenarnya didoakan oleh malaikat agar kembali juga kepada kita
3. Banyak bersyukur bila senang, In Sha Allah, Allah takkan lupa bila kita susah
4. Cari waktu yang terbaik untuk berdoa iaitu waktu-waktu mustajab
Akhir sekali, jangan putus asa dalam berdoa meskipun diri kita ini tak pernah sunyi dari melakukan dosa dan maksiat. Kerana, sifat pemaaf dan rahmat Allah lebih besar dari dosa-dosa kita.
Amin, semoga bermanfaat.
Petikan dari buku : Formula Hidup Luar Biasa karangan Ustaz Asraff Ayob dan Dr. Azizan Osman
Thursday, January 14, 2016
Tulis & baca impian seolah kita sudah mencapainya!
THE POWER OF SUBMISSION & THE POWER OF SERAH
Apa yang kita fikir, cakap, tulis dan buat adalah doa.
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan izin Allah & tawakkal tertinggi hanya padaNya. 10 big things to happen in my life in 2016.
1. Upgrade Branding of Shawl Esmee Hayfa
Apa yang kita fikir, cakap, tulis dan buat adalah doa.
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan izin Allah & tawakkal tertinggi hanya padaNya. 10 big things to happen in my life in 2016.
1. Upgrade Branding of Shawl Esmee Hayfa
- Redesign logo - Done
- Hang Tag & Sticker on Plastick Packaging - Done
- Exclusive Paper Bag - In Progress
- Business Card - In Progress
- New shawl label - In Progress
- Stand Bunting - March 2015
2. Attend Millionaire Marketing Mastery with Dr. Hj. Azizan Osman at IDCC Shah Alam - 29 Jan 2015
3. Professional Photoshoot for Shawl Esmee Hayfa
- 10 colors with beads - February 2016
- Photoshoot in Venice with Serindit Photography - March 2016
4. Collaborate with EH EH Bazaar for Mid Valley - 13 & 14 February 2015
5. Booth Set-Up for Agen Nina at Prima Avenue
6. Recruitment of Active, Productive, Highly Motivated & Energetic Agent
- 50 agents around Malaysia
7. Move to our new house in May 2016
8. Achieve Sales Target of RM30,000 in June 2016
9. Send official resignation letter to my employer September 2016
10. One weekly offline-booth at highly demand for shawl at Putrajaya/nearby area October 2016
Semoga semuanya berlaku dalam redha Allah. Sesungguh Dialah sebaik-baik perancang.
Amin. Tawakkaltu 'alallah.
Thursday, November 26, 2015
Tindakan luar biasa, hasilnya memang luar biasa!
Allahumma Solli A'la Ya Rasullullah dan juga para Sahabat Baginda serta ahli keluarga.
Syukur Allah, Kau masih izinkan aku bertemu dengan Sayyidul Ayyam, penghulu segala hari - Jumaat Al-Barakah.
Hari Rabu lepas, separuh dari stok shawl telah pun selamat berada di rumah. In Sha Allah, hujung minggu ini proses untuk QC besar-besaran. Syukur Allah, antara "5 Big Things for 2015" yang saya tulis sewaktu IMKK Oktober 2015 ialah pelancaran shawl Esmee Hayfa sebelum berlabuhnya tirai tahun ini. In Sha Allah, heading towards it.
Dan semalam, berkesempatan saya hadiri sebuah lagi workshop berkenaan dengan "Grooming". Menarik sekali, trainernya adalah Cabin Crew for MAS dan sewaktu sesi memperkenalkan diri, peserta diminta menyatakan nama, expectation tentang seminar dan talent yang peserta miliki. Saya adalah peserta kedua terakhir yang dipanggil untuk memperkenalkan diri. Lama rasanya tak perkenalkan diri pada umum, berulangkali doa Nabi Musa dibaca di dalam hati dan bila giliran tiba lantas ini lah perkenalan dari saya :
"Hi, I'm Rahayu Niza Ramlan. My expectation from this seminar is a transformation of my self because one year from now I am expecting of something exciting happen to me."
Belum sempat saya menyambung, trainer kelihatan sudah teruja dan terus mencelah "What do you mean one year from now?"
"Well, this is related to my next point. I am looking foward to be an expertise in muslimah hijab industry because I want them to look beautiful and at the same time they still covering their aurat in proper way. "
Masya Allah, Rahayu Niza? Awak cakap macm tu ke? Hehe...macam tak percaya, tapi saya percaya apa yang saya cakap pada hari itu adalah DOA buat saya. Semoga para malaikat yang berada di dalam majlis ilmu itu mengaminkannya. Dan saya terkejut apabila trainer tersebut berkata "I really like to see muslimah in hijab. Look at her, see how her shawl covers and flows nicely on her". Begitulah lebih kurang ayatnya.
Tak tahu nak kata apa dah, syukur ya Allah apabila mereka yang berlainan agama melihat kecantikan Islam pada kesopanan yang ditonjolkan baik dari tutur kata, tingkah-laku mahupun cara kita berpakaian, rasa terharu sangat. Mana tidaknya, zaman ini zaman fitnah terhadap Islam semakin berleluasa. Di sepanjang seminar itu, saya pun dapat la nama baru "Boss Hijab", hehe boleh la tu.
DAN...yang surprise lagi sebelum saya pulang trainer tersebut personally datang kepada saya "Can I have your business card? Would you like to join me for my next training? I want those really in hijab to demonstrate and share to the audiences. It's also a platform for you to market your brand". Allah, syukur. Siapa lah yang tidak mahu? Memang salah satu impian saya tuh!
Syukur Allah, syukur pada semua yang banyak terlibat dalam bidang ini. Saya sayang anda semua.
Monday, November 23, 2015
Sikap hari ini menentukan siapa kita pada masa hadapan
Bismillahirrahmanirrahim.
Salam A'laika Ya Habiballah.
Salam sayang untuk semua pembaca yang sudi singgah ke blog kami ini.
Sedar tak kita, sikap yang pernah kita pamerkan 10 atau 15 tahun dahulu sebenarnya adalah apa yang kita ada pada hari ini. Jika 10-15 tahun dahulu, kita seorang pelajar yang gigih belajar demi mengejar segulung ijazah kelas pertama, hari ini kita mungkin sedang duduk di atas sofa pejabat yang empuk, dibayar dengan gaji yang lumayan oleh majikan yang bukan calang-calang tarafnya.
Jika 10-15 tahun dahulu, kita amat rajin membantu ibu-bapa berniaga di kedai-kedai kecil, mungkin hari ini kita merupakan seorang taukeh besar yang sudah mengambil alih tugas ibu bapa kita yang sudah tua.
Tetapi jika pada waktu yang telah jauh meninggalkan kita itu kita hanya duduk menongkat dagu, ibarat hidup segan mati tak mahu, anda boleh bayangkan di mana tahap kehidupan kita pada ketika ini.
Jika anda seorang pekerja yang makan gaji pada hari ini, tetapi punya cita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri suatu hari nanti, pertama sekali nilai kembali sejauh mana anda telah memberi yang terbaik kepada kerjaya anda sekarang. Pernah bekerja tanpa meminta dibayar "overtime?" Pernahkah bekerja tanpa minta sebarang pengiktirafan dari ketua atau rakan? Pernahkah anda memberi 200% komitmen pada pekerjaan yang hanya memerlukan 50% kepakaran anda?
Saya memang sangat terpana ketika mentor saya membangkitkan isu ini sewaktu menghadiri seminar beliau tempoh hari. Kesimpulannya sangat mudah, jika kita sudah terbiasa membuat apa jua perkara sekali pun dengan usaha yang terbaik, kita pasti akan terbawa-bawa sikap itu di dalam perniagaan kita juga. Hasilnya, sudah tentulah produk yang terbaik untuk dipersembahkan kepada pelanggan tercinta. Produk yang digarap dengan sentuhan mata hati, sudah pasti akan memberi keistimewaan dan penyelesaian kepada setiap masalah yang dialami oleh pelanggan.
"Love what you do first before you do what you love", begitulah kata-kata Doktor Hj. Azizan Osman yang masih saya ingat sehingga ke hari ini. Persiapkan diri kita untuk menempuhi dugaan-dugaan yang lebih besar. Malah mungkin lebih dahsyat dari apa yang kita pernah alami sewaktu masih bekerja makan gaji.
Salam sayang dari saya.
Note: Mode tengah menunggu shawl-shawl saya siap hujung minggu ini. Tak sabarnya!
Subscribe to:
Posts (Atom)


