Thursday, November 26, 2015

Tindakan luar biasa, hasilnya memang luar biasa!


Bismillahirrahmanirrahim.

Allahumma Solli A'la Ya Rasullullah dan juga para Sahabat Baginda serta ahli keluarga.

Syukur Allah, Kau masih izinkan aku bertemu dengan Sayyidul Ayyam, penghulu segala hari - Jumaat Al-Barakah.

Hari Rabu lepas, separuh dari stok shawl telah pun selamat berada di rumah. In Sha Allah, hujung minggu ini proses untuk QC besar-besaran. Syukur Allah, antara "5  Big Things for 2015" yang saya tulis sewaktu IMKK Oktober 2015 ialah pelancaran shawl Esmee Hayfa sebelum berlabuhnya tirai tahun ini. In Sha Allah, heading towards it.

Dan semalam, berkesempatan saya hadiri sebuah lagi workshop berkenaan dengan "Grooming". Menarik sekali, trainernya adalah Cabin Crew for MAS dan sewaktu sesi memperkenalkan diri, peserta diminta menyatakan nama, expectation tentang seminar dan talent yang peserta miliki. Saya adalah peserta kedua terakhir yang dipanggil untuk memperkenalkan diri. Lama rasanya tak perkenalkan diri pada umum, berulangkali doa Nabi Musa dibaca di dalam hati dan bila giliran tiba lantas ini lah perkenalan dari saya :

"Hi, I'm Rahayu Niza Ramlan. My expectation from this seminar is a transformation of my self because one year from  now I am expecting of something exciting happen to me."

Belum sempat saya menyambung, trainer kelihatan sudah teruja dan terus mencelah "What do you mean one year from now?" 

"Well, this is related to my next point. I am looking foward to be an expertise in muslimah hijab industry because I want them to look beautiful and at the same time they still covering their aurat in proper way. "

Masya Allah, Rahayu  Niza? Awak cakap macm tu ke? Hehe...macam tak percaya, tapi saya percaya apa yang saya cakap pada hari itu adalah DOA buat saya. Semoga para malaikat yang berada di dalam majlis ilmu itu mengaminkannya. Dan saya terkejut apabila trainer tersebut berkata "I really like to see muslimah in hijab. Look at her, see how her shawl covers and flows nicely on her". Begitulah lebih kurang ayatnya.  

Tak tahu nak kata apa dah, syukur ya Allah apabila mereka yang berlainan agama melihat kecantikan Islam pada kesopanan yang ditonjolkan baik dari tutur kata, tingkah-laku mahupun cara kita berpakaian, rasa terharu sangat. Mana tidaknya, zaman ini zaman fitnah terhadap Islam semakin berleluasa. Di sepanjang seminar itu, saya pun dapat la nama baru "Boss Hijab", hehe boleh la tu.  

DAN...yang surprise lagi sebelum saya pulang trainer tersebut personally datang kepada saya "Can I have your business card? Would you like to join me for my next training? I want those really in hijab to demonstrate and share to the audiences. It's also a platform for you to market your brand".  Allah, syukur. Siapa lah yang tidak mahu? Memang salah satu impian saya tuh! 

Syukur Allah, syukur pada semua yang banyak terlibat dalam bidang ini. Saya sayang anda semua. 

Monday, November 23, 2015

Sikap hari ini menentukan siapa kita pada masa hadapan

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam A'laika Ya Habiballah.

Salam sayang untuk semua pembaca yang sudi singgah ke blog kami ini.

Sedar tak kita, sikap yang pernah kita pamerkan 10 atau 15 tahun dahulu sebenarnya adalah apa yang kita ada pada hari ini. Jika 10-15 tahun dahulu, kita seorang pelajar yang gigih belajar demi mengejar segulung ijazah kelas pertama, hari ini kita  mungkin sedang duduk di atas sofa pejabat yang empuk, dibayar dengan gaji yang lumayan oleh majikan yang bukan calang-calang tarafnya.

Jika 10-15 tahun dahulu, kita amat rajin membantu ibu-bapa berniaga di kedai-kedai kecil, mungkin hari ini kita merupakan seorang taukeh besar yang sudah mengambil alih tugas ibu bapa kita yang sudah tua.

Tetapi jika pada waktu yang telah jauh meninggalkan kita itu kita hanya duduk menongkat dagu, ibarat hidup segan mati tak mahu, anda boleh bayangkan di mana tahap kehidupan kita pada ketika ini.

Jika anda seorang pekerja yang makan gaji pada hari ini, tetapi punya cita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri suatu hari nanti, pertama sekali nilai kembali sejauh mana anda telah memberi yang terbaik kepada kerjaya anda sekarang. Pernah bekerja tanpa meminta dibayar "overtime?" Pernahkah bekerja tanpa minta sebarang pengiktirafan dari ketua atau rakan? Pernahkah anda memberi 200% komitmen pada pekerjaan yang hanya memerlukan 50% kepakaran anda?

Saya memang sangat terpana ketika mentor saya membangkitkan isu ini sewaktu menghadiri seminar beliau tempoh hari. Kesimpulannya sangat mudah, jika kita sudah terbiasa membuat apa jua perkara sekali pun dengan usaha yang terbaik, kita pasti akan terbawa-bawa sikap itu di dalam perniagaan kita juga. Hasilnya, sudah tentulah produk yang terbaik untuk dipersembahkan kepada pelanggan tercinta. Produk yang digarap dengan sentuhan mata hati, sudah pasti akan memberi keistimewaan dan penyelesaian kepada setiap masalah yang dialami oleh pelanggan.

"Love what you do first before you do what you love", begitulah kata-kata Doktor Hj. Azizan Osman yang masih saya ingat sehingga ke hari ini. Persiapkan diri kita untuk menempuhi dugaan-dugaan yang lebih besar. Malah mungkin lebih dahsyat dari apa yang kita pernah alami sewaktu masih bekerja makan gaji.

Salam sayang dari saya.

Note: Mode tengah menunggu shawl-shawl saya siap hujung minggu ini. Tak sabarnya!





Thursday, November 12, 2015

Hijab : Esmee Hayfa

Alhamdulillah syukur Allah.

Hari ini Engkau masih pinjamkan lagi nyawa untukku bernafas.

Pagi tadi, bila mata ku buka, suami dan anakku masih lagi di sisi.

Tubuhku masih boleh bergerak, masih boleh tunduk sujud kepadaMU, masih kuat untuk mencari sesuap rezeki pada hari ini.

Alhamdulillah Ya Allah. Tidak akan bergerak walau satu zarah pun melainkan dengan izin Mu Ya Allah.

******************

Assalamualaikum warahmatullah.

Salam ukhwah dari saya. Syukur tak terhingga, salah satu impian saya untuk memiliki shawl saya sendiri bakal menjadi kenyataan. In Sha Allah, semuanya ini dengan izinNya. Allah dah berjanji kepada hambaNya, tidak akan ada sesuatu pun yang berlaku tanpa ada hikmah di sebaliknya.

Ya, memang benar, sebelum tercetusnya idea untuk menghasilkan shawl saya sendiri, saya telah duji dengan satu ujian yang pada saya merupakan satu tamparan yang hebat ketika mana saya sedang meniti kemuncak untuk kejayaan. Sungguh, pada ketika itu shawl jualan saya (bukan produk saya sendiri) memang mendapat sambutan hangat dan jumlah pelanggan bertambah hari demi hari. Tak cukup dengan itu, saya turut berkongsi rezeki bersama sahabat-sahabat saya yang sudi menjadi Agen Dropship di bawah saya. Berbunga-bunga rasa di hati apabila melihat mereka semua tersenyum lebar menerima komisyen yang lumayan sebelum bercuti menyambut hari raya.

Tidak lama selepas itu, semuanya TERHENTI. Ya, memang benar sudah tiada lagi shawl untuk dijual, semuanya atas sebab-sebab tertentu yang Allah izinkan untuk terjadi. Ketika kejadian, seharian saya seperti hilang energy, drained dan memang sukar digambarkan. Tetapi saya bersyukur, kejadian itu telah mengajar saya akan satu perkara. Perkara yang saya ketahui selepas menghadiri sebuah seminar anjuran seorang hamba Allah yang berhati mulia - Dr. Hj. Azizan Osman.

Ops cabaran tidak berhenti di situ ya, nak pergi seminar tu saya diuji lagi, Memandangkan saya dan suami terlepas beberapa siri seminar di Kuala Lumpur, kami memilih untuk menghadiri Klinik Usahawan di Ixora Hotel, Pulau Pinang di tempat kelahiran saya. Sekaligus dapat pulang menatap wajah ayah bonda tercinta. Sehari sebelum pulang ke kampung untuk menghadiri seminar itu, tayar kereta pecah akibat saya terlanggar bucu jalan. Allah, tak apa, demi menuntut ilmu, biarpun duit melayang kami teruskan juga niat untuk menghadiri seminar setengah hari itu. Alhamdulillah, ada sebab kenapa Allah bukakan hati kami untuk ke seminar itu. Apa yang saya cari dalam hidup, sebenarnya ada di sini. Sebelum ini, matlamat berbisnes hanya untuk mencari lebihan pendapatan dek kerana kos sara hidup yang makin meningkat. Tetapi, Dr. Azizan mengajar kami faham akan erti hidup untuk memberi manfaat kepada orang lain kerana sebaik-baik manusia ialah mereka yang banyak memberi manfaat kepada insan di sekelilingnya. Menyediakan shawl yang patuh syariah, labuh, selesa dan cantik sudah pasti akan banyak memberi manfaat kepada wanita-wanita di luar sana. Ya, saya sudah nampak matlamat saya.

Tidak puas dengan seminar setengah hari itu, saya dan suami mendaftar ke seminar kedua Dr. Azizan yang dipanggil Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang berlangsung selamat 4 hari pada bulan Oktober lepas. Walaupun ketika itu sangat rungsing untuk meninggalkan buah hati kami yang masih kecil, malah masih lagi menyusu, kami percaya Allah pasti akan bantu. Syukur beberapa hari sebelum ke IMKK, ayah dan bonda saya ingin bertandang ke KL dan Alhamdulillah mereka sudi menjaga anak kami selama empat hari itu. Sehari sebelum ke seminar, sekali lagi, kereta kami pecah tayarnya kerana terkena paku tapi tak mengapa, memang cerita kami sudah "tertulis" begitu. Kami juga berulang dari Cyberjaya ke IDCC Shah Alam setiap hari, Pergi awal pagi, pulangnya jam 1 pagi.

Pengalaman di IMKK, semakin membara tujuan hidup saya kini. Semakin jelas akan hala tuju saya setahun dari sekarang malah saya telah nampak sehingga ke 10 dan 20 tahun akan datang. Syukur Allah datangkan insan hebat seperti Dr. Azizan dan para krewnya yang bertungkus lumus menjadikan kami insan-insan yang hebat seperti mereka. Niat saya hanya satu, memberi yang terbaik untuk anda semua wahai muslimah, sebagai saham akhirat saya kelak. Dengan nama Esmee Hayfa ini, saya akan pastikan anda sentiasa memelihara aurat anda, tetapi di dalam masa yang sama kelihatan anggun dan cantik malah disayangi oleh suami dan insan-insan di sekeliling anda, seindah makna namanya.

Usaha saya tidak akan terhenti di situ sahaja, saya tidak ingin apa yang saya buat ini saya nikmati sendiri. Saya ingin sama-sama berkongsi dengan anda semua terutamanya suri-rumah, pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin mencari pengalaman dalam bidang keusahawanan atau pun yang ingin mencari pendapatan sampingan. Ingin sekali saya menjemput anda menjadi agen saya. Meskipun saya sendiri masih hijau dalam bidang ini, saya sangat-sangat ingin  berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang saya ada bersama anda. Saya tertarik dengan falsafah Dr. Azizan, kayakan orang lain sebelum anda kayakan diri anda! 

Akhir kata, saya mohon doa anda agar usaha saya ini diredhai oleh Allah. Terima kasih pada keramat hidup saya Mohd Saiful Nasri bin Hai Sam, kedua mama dan ayah saya, mertua saya, adik-adik saya dan adik ipar saya yang banyak sangat membantu. Terlalu banyak nama yang ingin saya sebutkan di sini, semoga Allah merahmati sokongan anda pada saya.

Perjalanan Esmee Hayfa masih jauh. In Sha Allah, selagi ada Dia bersama kami, kami takkan gentar kerana segalanya milik Dia.

Wassalam.

Rahayu Niza Ramlan
Esmee Hayfa