Thursday, November 12, 2015

Hijab : Esmee Hayfa

Alhamdulillah syukur Allah.

Hari ini Engkau masih pinjamkan lagi nyawa untukku bernafas.

Pagi tadi, bila mata ku buka, suami dan anakku masih lagi di sisi.

Tubuhku masih boleh bergerak, masih boleh tunduk sujud kepadaMU, masih kuat untuk mencari sesuap rezeki pada hari ini.

Alhamdulillah Ya Allah. Tidak akan bergerak walau satu zarah pun melainkan dengan izin Mu Ya Allah.

******************

Assalamualaikum warahmatullah.

Salam ukhwah dari saya. Syukur tak terhingga, salah satu impian saya untuk memiliki shawl saya sendiri bakal menjadi kenyataan. In Sha Allah, semuanya ini dengan izinNya. Allah dah berjanji kepada hambaNya, tidak akan ada sesuatu pun yang berlaku tanpa ada hikmah di sebaliknya.

Ya, memang benar, sebelum tercetusnya idea untuk menghasilkan shawl saya sendiri, saya telah duji dengan satu ujian yang pada saya merupakan satu tamparan yang hebat ketika mana saya sedang meniti kemuncak untuk kejayaan. Sungguh, pada ketika itu shawl jualan saya (bukan produk saya sendiri) memang mendapat sambutan hangat dan jumlah pelanggan bertambah hari demi hari. Tak cukup dengan itu, saya turut berkongsi rezeki bersama sahabat-sahabat saya yang sudi menjadi Agen Dropship di bawah saya. Berbunga-bunga rasa di hati apabila melihat mereka semua tersenyum lebar menerima komisyen yang lumayan sebelum bercuti menyambut hari raya.

Tidak lama selepas itu, semuanya TERHENTI. Ya, memang benar sudah tiada lagi shawl untuk dijual, semuanya atas sebab-sebab tertentu yang Allah izinkan untuk terjadi. Ketika kejadian, seharian saya seperti hilang energy, drained dan memang sukar digambarkan. Tetapi saya bersyukur, kejadian itu telah mengajar saya akan satu perkara. Perkara yang saya ketahui selepas menghadiri sebuah seminar anjuran seorang hamba Allah yang berhati mulia - Dr. Hj. Azizan Osman.

Ops cabaran tidak berhenti di situ ya, nak pergi seminar tu saya diuji lagi, Memandangkan saya dan suami terlepas beberapa siri seminar di Kuala Lumpur, kami memilih untuk menghadiri Klinik Usahawan di Ixora Hotel, Pulau Pinang di tempat kelahiran saya. Sekaligus dapat pulang menatap wajah ayah bonda tercinta. Sehari sebelum pulang ke kampung untuk menghadiri seminar itu, tayar kereta pecah akibat saya terlanggar bucu jalan. Allah, tak apa, demi menuntut ilmu, biarpun duit melayang kami teruskan juga niat untuk menghadiri seminar setengah hari itu. Alhamdulillah, ada sebab kenapa Allah bukakan hati kami untuk ke seminar itu. Apa yang saya cari dalam hidup, sebenarnya ada di sini. Sebelum ini, matlamat berbisnes hanya untuk mencari lebihan pendapatan dek kerana kos sara hidup yang makin meningkat. Tetapi, Dr. Azizan mengajar kami faham akan erti hidup untuk memberi manfaat kepada orang lain kerana sebaik-baik manusia ialah mereka yang banyak memberi manfaat kepada insan di sekelilingnya. Menyediakan shawl yang patuh syariah, labuh, selesa dan cantik sudah pasti akan banyak memberi manfaat kepada wanita-wanita di luar sana. Ya, saya sudah nampak matlamat saya.

Tidak puas dengan seminar setengah hari itu, saya dan suami mendaftar ke seminar kedua Dr. Azizan yang dipanggil Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang berlangsung selamat 4 hari pada bulan Oktober lepas. Walaupun ketika itu sangat rungsing untuk meninggalkan buah hati kami yang masih kecil, malah masih lagi menyusu, kami percaya Allah pasti akan bantu. Syukur beberapa hari sebelum ke IMKK, ayah dan bonda saya ingin bertandang ke KL dan Alhamdulillah mereka sudi menjaga anak kami selama empat hari itu. Sehari sebelum ke seminar, sekali lagi, kereta kami pecah tayarnya kerana terkena paku tapi tak mengapa, memang cerita kami sudah "tertulis" begitu. Kami juga berulang dari Cyberjaya ke IDCC Shah Alam setiap hari, Pergi awal pagi, pulangnya jam 1 pagi.

Pengalaman di IMKK, semakin membara tujuan hidup saya kini. Semakin jelas akan hala tuju saya setahun dari sekarang malah saya telah nampak sehingga ke 10 dan 20 tahun akan datang. Syukur Allah datangkan insan hebat seperti Dr. Azizan dan para krewnya yang bertungkus lumus menjadikan kami insan-insan yang hebat seperti mereka. Niat saya hanya satu, memberi yang terbaik untuk anda semua wahai muslimah, sebagai saham akhirat saya kelak. Dengan nama Esmee Hayfa ini, saya akan pastikan anda sentiasa memelihara aurat anda, tetapi di dalam masa yang sama kelihatan anggun dan cantik malah disayangi oleh suami dan insan-insan di sekeliling anda, seindah makna namanya.

Usaha saya tidak akan terhenti di situ sahaja, saya tidak ingin apa yang saya buat ini saya nikmati sendiri. Saya ingin sama-sama berkongsi dengan anda semua terutamanya suri-rumah, pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin mencari pengalaman dalam bidang keusahawanan atau pun yang ingin mencari pendapatan sampingan. Ingin sekali saya menjemput anda menjadi agen saya. Meskipun saya sendiri masih hijau dalam bidang ini, saya sangat-sangat ingin  berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang saya ada bersama anda. Saya tertarik dengan falsafah Dr. Azizan, kayakan orang lain sebelum anda kayakan diri anda! 

Akhir kata, saya mohon doa anda agar usaha saya ini diredhai oleh Allah. Terima kasih pada keramat hidup saya Mohd Saiful Nasri bin Hai Sam, kedua mama dan ayah saya, mertua saya, adik-adik saya dan adik ipar saya yang banyak sangat membantu. Terlalu banyak nama yang ingin saya sebutkan di sini, semoga Allah merahmati sokongan anda pada saya.

Perjalanan Esmee Hayfa masih jauh. In Sha Allah, selagi ada Dia bersama kami, kami takkan gentar kerana segalanya milik Dia.

Wassalam.

Rahayu Niza Ramlan
Esmee Hayfa


3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Sayang.. Moga Allah berkati usaha murni perniagaan ini dan berjaya selalu.. Anda kaya dan berjaya..
    -Saiful EE-

    ReplyDelete
  3. Amin. Terima kasih atas sokongan yang tak berbelah bahagi.

    ReplyDelete